Fabulous Moments Studio

Weddings

Ridzuan & Aien, Port Dickson.

Simple but lovely couple.. ;D Selamat pengantin baru..!!

Layan preview je dulu ye.. ;D Apa-apa pun, terima kasih sudi singgah..! Datang lagi.

Firdaus Mokhtar

 

 


Dr Ghazali & Ema at Pantai Remis, Lumut

Majlis pernikahan Dr. Ghazali & Ema yang berlangsung di Pantai Remis, Lumut. Enjoy!

Selamat pengantin baru Dr. Cali & Ema.. ;D

Firdaus Mokhtar

Fabulous Moments™ Studio

 


Shafiqah & Fazeerul

Salam. Post kali ni hanya utk sedikit tatapan buat pengantin baru kita Shafiqah dan Fazeerul. 😀 Gambar outdoor di Perpustaan lama Negeri Sembilan. Tempat ni sekarang memang jadi tempat rasmi plak org shoot wedding.. adoyai.. sekali pergi mesti ada lebih daripada 5 pasang pengantin kat situ.. lepas ni kena cari tempat lain lah kalau area seremban ni.. 😀

Pasangan pengantin ni dua-dua pendidik.. Ust Fazeerul dgn Puan Shafiqah.. 😀 tunjuk gambar kat anak murid ek.. haha.. selamat pengantin baru ustad.. 😛

Sekian.

Firdaus Mokhtar . Wedding Photographer

 


Saidan & Ain – Assam Jawa, Kuala Selangor

Salam.

Sekali lagi ke Kuala Selangor, tapi kali ni area Assam Jawa plak. Utk majlis pernikahan dan resepsi Saidan & Ain. Pasangan yang sentiasa gembira dan ceria.. 😀 Comel je dua2.. haha.. Tahniah utk korg berdua.. Tahniah dan selamat pengantin baru..

Majlis pernikahan di Masjid AlBarokah, Assam Jawa, Kuala Selangor. Kita share sikit the ‘fabulous moments’ masa majlis pernikahan dulu..resepsi kita hold dlu.. 😀

 

Sekian dulu.. Sekali lagi tahniah buat pasangan Saidan & Ain.. Moga berbahagia ke akhir hayat..

Barakallahu lakuma Wa baraka alaikuma Wa jama3a bainakuma bi khair.. 😀

Firdaus Mokhtar . Fabulous Moments Studio . Wedding Photographer


Single Frame: Shafiqah & Fazeerul

Recent work! Selamat pengantin baru Fazeerul & Shafiqah.. 😀 Majlis di Seremban 2, Negeri Sembilan. Satu frame dlu.. agak sibuk sikit, isteri tunggu hari nak bersalin ni..haha. moga2 selamat semuanya.

Firdaus Mokhtar . Wedding Photographer

 


Single Frame – Faizah

Another single frame from Faizah & Sallehuddin solemnization at Kuala Selangor.. 😀 TONE testing..!

😀


Azahari & Maryam reception at KLGCC, Mont Kiara

Salam. Utk post kali ni, tak nak tulis panjang.. 🙂 Info sikit je, pasangan Azahari & Maryam. Memang pasangan yang best..happy jer..!! Resepsi ni utk belah lelaki, jadi kira menyambut menantu lah ni.. tapi tak sambut kat rumah.. lol sambut menantu di KLGCC, Bukit Kiara. 😀 Bersama dgn kumpulan nasyid Diwani, memang masjlid yang menarik dan sangat meriah.. uppss, tak nak tulis panjang, ter’panjang’ jgk.. tp ok lah..dah nk stop kat sini.. tgk je gambar2 ni.. 😛 utk pasangan Azahari & Maryam, tahniah ye..! abg Azahari, nnti klu saya ke JB, nak isi minyak free boleh..??? full tank ek..? hihi..

Itu sahaja.. 😛

Terima kasih buat my gang yg ikut sama.. Paan & Yap. To event organizer iEvent (Hasnul Diwani).

Firdaus Mokhtar . Wedding Photographer


Muaalim & Aleen Reception @ Senawang, N9

Salam.

Firstly, terima kasih banyak2 buat En. Suffian Esa yang telah meng’tag’ saya utk sama2 shoot majlis resepsi Muaalim & Aleen di Lavender Height, Senawang. Pasangan Negeri Sembilan & Melaka ini telah bernikah seminggu yang lalu, dan semalam 7 May 2011 merupakan hari menyambut menantu di Senawang. Memang meriah sebab ada 2psg pengantin. Akak Muaalim pun bersanding semalam.. Jadi, ramailah sedara2 dekat+jauh semua ada.. 🙂 Anyway, Alim & Aleen ni dua2 happy.. best ar korang! lol

Sekian dulu.. 😀

Firdaus Mokhtar . Wedding Photography


Majlis Pernikahan Azahari & Maryam, Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), Putrajaya

Salam.

Lama juga tak update blog ni. Hari ni 2May, cuti ganti hari buruh jadi kita ambil peluang untuk update sikit-sikit jer.. 🙂

Sikit teaser unutk majlis pernikahan pasangan Azahari & Maryam yang berlangsung di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Majlis jam10 pagi. Ada info menarik masa shoot hari tu.. hihi.. Untuk 30 April 2011 sahaja, ada 11pasangan yang bernikah di masjid yang sama..!! 11pasangan tu.. gilir2 ar..belum habis satu rombongan, dah ready dah rombongan yang lain.. Memang ramai..hihi.. 🙂 Alhamdulillah, pasangan Azahari & Maryam dapat nombor 4.. awal lah jugak.. 😛

Selamat pengantin baru..!! hari ni pasangan ni terbang ke Sabah utk honeymoon.. baik2 ya.. Jaga diri, jaga keluarga.. kerana semuanya milik Allah..

 

Sekian.

 

Firdaus Mokhtar . Wedding Photographer


Thuwaibahtul Aslamiah & Fuad Al-Amin – Wedding Reception

Salam.

Post terbaru ni kongsi sikit gambar-gambar resepsi Thuwaibahtul (Sue) & abg Fuad Al-Amin kite ni.. 🙂 Majlis berlangsung di Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur. Memang meriah dengan kehadiran para tetamu yang begitu ramai.. Rombongan pihak lelaki yang hadir juga menampakkan kesungguhan mereka untuk meraikan majlis ‘adik bongsu’ mereka ini. hihi.. Skali rombongan sampai 13 buah kereta tu.. haha.. 🙂

Apa-apa pun, tahniah buat pasangan Sue & abg Fuad. Lama dah kita kenal.. Moga kalian menjadi pasangan suami isteri yang menjadikan rumahtangga tapak perjuangan Islam yang akan melahirkan zuriat yang menjadi pejuang2 agama. Amin.. 🙂

Ada lagi gambar-gambar majlis ni.. boleh tengok di sini ye.. 🙂

OK, setakat tu dulu.. terima kasih.

Firdaus Mokhtar™ Wedding Photographer

 


Single frame – Faizah @ Bukit Malawati, Kuala Selangor

Another single frame post.. 🙂

Firdaus Mokhtar™ Wedding Photographer


Single frame – Sue

 

FirdausMokhtar™


Saifuddin & Hajar, Stadium Titiwangsa, 29 Jan 2011

Salam. Post untuk hari preview majlis yang berlangsung hari ni di Stadium Titiwangsa, taman tasik titiwangsa.. Pengantin yang ceria, Din & Hajar! Jemputan ramai, makanan pun sedap2..haha.. 🙂 majlis berjalan dengan baik seawal jam1130pagi. Ditambah meriah dengan kehadiran mempelai pada jam2petang. Paluan kompang, selawat, tarian kuda kepang, silat & macam2 lagi.. sampai poco-poco pun ada.. ffuuuhhh…memang lain betul siap poco-poco depan pengantin masa tengah makan beradap! baaaeekk punye.. 😛 Apa-apa pun, tahniah buat pasangan pengantin baru. Memang dalam berumahtangga ada hiburan, tapi di dalamnya juga ada ujian yang bakal tiba.. Moga senantiasa bersama Allah dan Rasul sepanjang perjalanan rumahtangga.. 🙂

Selamat pengantin baru!

 

FirdausMokhtar™

Wedding Photographer


Effa & Aziz @ Nilai 3, 010111

Tahniah buat pasangan Aziz & Effa.. 😛

FirdausMokhtar™

Wedding Photographer


Haziq & Nur Aida – Kangar, Perlis

Salam.

Kali ni sekali lagi perjalanan kita ke utara tanah air. 🙂 Sebelum ni tengah tahun hari tu kita round2 di pulau Langkawi untuk wedding photo shoot di Ulu Melaka, tapi kali ni kita ke area Kangar plak.. Seawal 8pagi (taklah awal sangat..cadang nak gerak lps subuh..huhu) bergerak ke Perlis.. Tiba dengan selamat jam2 petang.. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sekalipun musim hujan sekarang ni.. Cuaca amat menyebelahi mempelai kita.. 🙂 haha..

Untuk post kali ni macam biase kita bagi preview je..

Pengantin lelaki kita kali ni dari Sarawak.. huh..jauh kan..? 🙂

Petangnya kami ke Bintung.. 15minit je dari Kangar..Perlis tak lah besar mana walau pun de je org Perlis tak tau menahu akan seluruh pelusuk negeri Perlis tu.. hihi.. 😛

 

Tahniah ye buat pasangan Haziq & Nur Aida.. Cepat2 dpt anak buah wey.. hihi.. 🙂

Firdaus Mokhtar™

Wedding Photography

 


Izwan & Syuhada, Taman Tasik Ampang

Sekali lagi set preview utk pasangan Izwan & Syuhada.. 🙂 hihi.. Berapa kali preview daa..adoyai.. layan je beb.. 😛

Shoot kat taman tasik ampang (kalau tak silap lah).. ikut je masa ni..tak tau pe nama.. tapi yang penting kat ampang. tu confirm! hihi..

 

Sekian.

FirdausMokhtar™


Preview : Izwan & Syuhada, Solemnization @ Ampang

 

Tahniah buat pasangan Izwan & Syuhada.. 🙂

Sekian adanya…

FirdausMokhtar™

 

Mode: Tone Testing… aiyaa! Macam pelik2 je bile sendiri tengok.. 😛


Preview Izwan & Syuhada, Ampang

Malam Berinai 🙂

FirdausMokhtar™


Hafiz & Syuhada – Resepsi, Wisma Sejarah Kuala Lumpur

Salam. Sakli lagi post untuk pasangan Hafiz & Syuhada.. 🙂 Berlangsung di Wisma Sejarah Kuala Lumpur pada 26 September 2010. Meriah dengan dedangan nasyid persembahan daripada kumpulan Ar-Rijal. Pelamin, make-up dan hair styling daripada Lova Weddingku istimewa sentuhan Lova Cinta.. Tersedia indah, tersemat selamanya.. enjoy!

 

Sekian.

FirdausMokhtar™ Wedding Photographer


Hafiz & Syuhada: Solemnization, Bukit Antarabangsa

 

Firdaus Mokhtar™

Wedding Photographer

 


Preview – Hafiz & Su, Wisma Sejarah

Salam..

Preview lagi kali ni.. 🙂 Tahniah untuk pasangan Hafiz & Su dari Bukit Antarabangsa.. Macam best je kan rumah dekat dgn rumah Dato K..hehe.. Boleh kot tengok Datuk Siti kot..hihi.. Anyway, you all memang best.. dengan family2 sume best jugak.. Setakat ni preview dulu ye.. Nanti tunggu yang lain-lain.. Majlis resepsi di Dewan Sejarah, Kuala Lumpur..

Sekian adanya.. TQ

FirdausMokhtar™ Photography


Preview – Abdullah & Norrina, Masjid Sultan Mizan Putrajaya, 190910

Salam.

Post kali ni hanya untuk sedikit preview perkahwinan pasangan Abdullah & Norrina yang berlangsung pada 19 September 2010 di Masjid Sultan Mizan atau lebih popular dengan nama Masjid Besi.. Musim raya tu.. biasalah kan..? hihi.. Majlis yang menarik sebab dihadiri oleh ramai tetamu-tetamu yang jaaaauuhhh… hihi.. tak lah jauh sangat, dari Mekah jer.. 😀 Pengantin lelaki ni keluarganya asal Indonesia tapi dah lama menetap di Mekah. Adik-beradik lahir di sana agaknya.. jadi, keluarga dia semua cakap arab daa.. part tu yang paling aku suke.. tak faham pun, suke jer… 🙂

Majlis nikah dan sanding berlangsung pada hari yang sama.. Juga di tempat yang sama.. Untuk preview ni kita upload 3keping dulu ye.. 😀

 

Sekian adanya..

 

FirdausMokhtar™ Photography


Hakim & Anida – Nikah @ Kota Tinggi, Johor

Salam. Untuk kesekian kalinya post kali ni menceritakan tentang fotografi perkahwinan.. 😀 tapi kali ni kita ke sebelah selatan tanah air.. tak jauh mana pun, Kota Tinggi je..belum sampai JB lagi.. Pengantin lelaki, Hakim, asal dari Seremban. Jadi ber’homestay’ lah si pengantin lelaki dengan keluarganya di sana.. Majlis pernikahan berlangsung sebelah malam dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Kalau tak silap hari tu, area dekat-dekat dengan masjid Kota Tinggi tu je.. alah, kalau yang biasa area situ tau lah jalan nak ke air terjun Kota Tinggi yang best tu.. hihihi.. apa-apa pun, layan dulu..sikit jugak je yang nak ditayangkan.. 😛

Hihi..sekian adanya.. 😀

firdaus Mokhtar . Wedding Photographer


Syed Nizar & Syarifah Raudhah – Majlis Resepsi

Sedikit sahaja kot..sekadar mengambil langkah meng’update’ blog ni.. 😀 terasa teragak sedikit kesibukkan minggu ni. banyak jugak gambar yang menanti masa untuk di edit..maklumlah musim ‘menembak’ dah bermula.. banyak jugak yang dah masuk queue balik ni.. moga semuanya siap segera..! 😀

Sekian adanya…

firdaus mokhtar

Wedding Photographer