Fabulous Moments Studio

Posts tagged “firdaus mokhtar

Nur ‘Abidah Mukhlisah : 9 days

Image

Image

Advertisements

MATA KECILKU by Afdlin Shauki

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
“Masihkah Kau sayangkan Aku?”

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU 
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka 
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya, 
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata 
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni… ISLAM.

Barakallah Feeq

ImageImageImageImage

 

Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan semua! 

Syukran. 

Firdaus Mokhtar™

012-3770412


Azizul Hakim & Nafishah, Perlis

Salam. Sedikit preview untuk wedding di Taman Kemajuan, Kangar, Perlis. Boleh tahan jauh jugak drive ke sana. Tapi takpe, still enjoy sebab jalan clear. So, boleh pecut jugak.. hihi.. ;D Pengantin lelaki dari kedah, pengantin perempuan orang perlis. Jiran sebelah menyebelah jer.. Apa-apa pun, pasangan ni memang best.. Sempoi je, especially Zul si pengantin lelaki.. Layan dulu ek preview ni..

ImageImageImageImageImageImage

Thanks!

Firdaus Mokhtar

Principal Photographer

Fabulous Moments™ Studio

+6012 – 3770412 (Malaysia)

facebook.com/fabulousmomentstudio


Preview – Abdullah & Norrina, Masjid Sultan Mizan Putrajaya, 190910

Salam.

Post kali ni hanya untuk sedikit preview perkahwinan pasangan Abdullah & Norrina yang berlangsung pada 19 September 2010 di Masjid Sultan Mizan atau lebih popular dengan nama Masjid Besi.. Musim raya tu.. biasalah kan..? hihi.. Majlis yang menarik sebab dihadiri oleh ramai tetamu-tetamu yang jaaaauuhhh… hihi.. tak lah jauh sangat, dari Mekah jer.. 😀 Pengantin lelaki ni keluarganya asal Indonesia tapi dah lama menetap di Mekah. Adik-beradik lahir di sana agaknya.. jadi, keluarga dia semua cakap arab daa.. part tu yang paling aku suke.. tak faham pun, suke jer… 🙂

Majlis nikah dan sanding berlangsung pada hari yang sama.. Juga di tempat yang sama.. Untuk preview ni kita upload 3keping dulu ye.. 😀

 

Sekian adanya..

 

FirdausMokhtar™ Photography


Maher Zain – Save the Soul Showcase : Part 2

 

Sekian adanya..

 

FirdausMokhtar™ Photography


Norsazlan & Asmida, Banting

Salam..

Lama rasanya tak update blog ni..sedar2 dah lebih sebulan blog ni tak di update..WOW.. 😀 lama btul aku tinggalkan ‘rumah’ aku ni..takpe, kali ni blog ni akan terupdate dgn koleksi gambar-gambar di majlis yang berlangsung di Banting, Selangor. Bulan Jun dulu aku ada update blog ni dengan post ‘coming soon..’ dan letak hanya 2keping gambar je..kali ni kite tengok lain2 gambar sepanjang 3hari majlis berlangsung.. haha..

Set yang pertama ialah hari pernikahan..

hihi..lepas nikah siap kuar gi outdoor ngan baju lain..:D best! ok, utk set kedua ni majlis resepsi di rumah Asmida..

Set last utk post kali ni majlis resepsi 6 Jun plak di rumah saudara Norsazlan yang juga di Banting..:D

Ok..abes dah kot utk post kali ni..hihi..time kasih sudi tengok sampai abes..:D dtg lagi..

Firdaus Mokhtar

Wedding Photographer